Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea rugi £145.6 juta meskipun juara UCL

    LONDON, 31 DIS – Juara Eropah, Chelsea mengumumkan kerugian tahunan sebanyak £145.6 juta dalam tempoh sehingga 30 Jun 2021 walaupun mereka memenangi Liga Juara-Juara (UCL).

    Kelab London itu dinobatkan raja Eropah pada Mei lalu selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas seteru utama, Manchester City pada final UCL di Porto.

    Ketika perolehan mereka meningkat daripada £387.8 juta kepada £416.8 juta hasil daripada penyiaran, Chelsea berkata mereka masih mengalami kerugian selepas beraksi tanpa penonton kerana COVID-19.

    Selain itu, pengurangan keuntungan daripada jualan pemain juga menjejaskan akaun kelab itu.

    Chelsea terus disokong oleh Fordstam Limited, sebuah syarikat yang dikawal oleh pemilik kelab Roman Abramovich.

    Kelab itu berkata mereka menandatangani tiga pemain iaitu penyerang Romelu Lukaku, penjaga gol Marcus Bettinelli dan pemain tengah Saul Niguez untuk jumlah keseluruhan £109.7 juta.

    Pada masa sama, Chelsea menjual 13 pemain untuk jumlah keseluruhan £103.7 juta.

    Abramovich yang juga jutawan Rusia, membeli Chelsea pada 2003 yang kemudian muncul antara kelab paling berjaya termasuk memenangi lima kejuaraan liga dan dua Liga Juara-Juara. – AFP

    Reaksi ketua jurulatih Chelsea Thomas Tuchel semasa perlawanan di antara Chelsea dan Brighton di Stadium Stamford Bridge di London, England pada 29 Disember. Chelsea mengumumkan kerugian tahunan £145.6 juta walaupun mereka juara Liga Juara-Juara. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda