LONDON, 1 JAN – Chelsea mencatat kerugian hampir £100 juta dari 30 Jun hingga ke penghujung 2019, menurut hasil kewangan yang diterbitkan oleh kelab Liga Perdana Inggeris kelmarin.
Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada £446.7 juta, dengan Chelsea memetik kekurangan Bola Sepak Liga Juara-juara, perbelanjaan rekod pemain Kepa Arrizabalaga, Christian Pulisic, Mateo Kovacic dan Jorginho, serta kos yang melibatkan penukaran pengurus di Stamford Bridge, menjadikan kerugian £96.6 juta.
Pengerusi Chelsea Bruce Buck, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kelab tersebut berkata, “Pertumbuhan pendapatan yang konsisten dan pengurusan kewangan yang berhati-hati sepanjang musim terkini telah membolehkan kelab menjadikan tahap pelaburan yang signifikan dalam pelaburan kakitangan dan mengekalkan pematuhan kepada peraturan UEFA Financial Fair Play.” – AFP