Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea sudah ada tanda positif

    LONDON, 30 OGOS – Musim sulung Frank Lampard (gambar bawah) di Chelsea masih banyak yang perlu dilakukan namun kemunculan Mason Mount dan Tammy Abraham bermakna sudah ada tanda positif dalam era baharu di Stamford Bridge.

    Lampard, yang mana pasukannya berdepan Sheffield United di laman sendiri malam esok berjanji untuk memberi peluang kepada pemain muda apabila beliau kembali ke bekas kelabnya pada musim panas ini.

    Keputusan bekas pemain tengah itu bukan hanya disebabkan larangan pembelian pemain dikenakan terhadap kelab itu, namun kepercayaannya terhadap pemain simpanan berbakat di akademi kelab itu yang sering kali tidak diendahkan pengurus terdahulu.

    Hakikat John Terry adalah pemain terakhir tempatan yang tampil dari akademi sebelum mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan utama membenarkan kenyataan itu yang membabitkan pengurus Chelsea akhir-akhir ini sejak zaman Jose Mourinho hinggalah Maurizio Sarri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda