Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea terlalu bergantung kepada Palmer – Maresca

    LONDON, 24 FEB – Enzo Maresca telah mencabar skuad Chelsea yang kurang berbisa untuk tampil lebih baik ketika Cole Palmer melalui tempoh sukar, sambil mengakui ‘kami bergantung pada Cole untuk segala-galanya.’

    Pemain tengah England itu telah menjaringkan 14 gol dan menyediakan enam bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, tetapi gol terakhirnya adalah pada pertengahan Januari dan gol bantuan terakhirnya pada 1 Disember 2024.

    Maresca berkata dia tidak risau tentang kemerosotan prestasi Palmer.

    “Masalah dengan Cole adalah mungkin kami terlalu bergantung pada Cole untuk segala-galanya dan saya sudah katakan kami perlu bergantung pada pasukan. Sudah tentu kami memerlukan pemain besar, pemain teratas seperti Cole, tetapi kami tidak risau tentang Cole langsung.”

    Dia menambah, “Setiap perlawanan kami mengharapkan dia menjaringkan gol atau memberikan bantuan gol. Ia sukar, dia seorang manusia, dia seorang pemain. Pada masa ini, mungkin prestasinya juga mencerminkan sedikit prestasi pasukan.

    “Kami bergelut untuk menjaringkan gol dan kami perlu bersikap lebih klinikal apabila kami mendapat peluang,” tambah Maresca. – AFP

    Reaksi Enzo Maresca semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Chelsea di Villa Park, Birmingham, England, pada 22 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda