Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea terlepas peluang duduki takhta Liga Perdana

    LONDON, 14 SEPT – Chelsea terlepas peluang untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana apabila gol penyamaan minit ke-93 daripada Fabio Carvalho menjadikan keputusan seri 2-2 untuk Brentford dalam perlawanan derby London kelmarin.

    Juara dunia kelab itu menerima padah apabila pasukan eksperimen Enzo Maresca dihukum pendahuluan Brentford melalui jaringan Kevin Schade separuh masa pertama.

    Pemain gantian Cole Palmer mengetuai kebangkitan Chelsea sekembalinya dari kecederaan untuk menyamakan kedudukan sebelum rembatan padu Moises Caicedo kelihatan hampir membawa pulang tiga mata penuh untuk The Blues.

    Tetapi ancaman berterusan Brentford daripada lontaran jauh mendapat ganjarannya apabila Carvalho dibiarkan berseorangan tanpa kawalan dan menerjah dari jarak dekat.

    Chelsea kekal tanpa kalah musim ini tetapi hanya menduduki tangga kelima, satu mata di belakang empat pasukan utama Arsenal, Tottenham, Bournemouth dan Liverpool.

    Maresca dengan cepat menunjukkan rasa tidak puas hati dengan permainan pasukannya yang mendatar 45 minit pertama.

    Marc Cucurella, Reece James dan Tyrique George dimasukkan menggantikan Hato, Fofana dan Buonanotte pada waktu rehat.

    George memaksa Caoimhín Kelleher melakukan penyelamatan yang baik, tetapi permainan benar-benar rancak apabila Palmer menyamakan kedudukan pada minit ke-56.

    Palmer juga hampir menggandakan golnya apabila dia merembat terlalu dekat dengan Kelleher dengan hanya penjaga gol untuk ditewaskan selepas percubaan dari Pedro Neto.

    Satu lagi hantaran lintang pemain terbaharu Chelsea, Alejandro Garnacho, dari tepi kotak, di mana Caicedo mengintai dan berjaya disudahkan.

    Garnacho, bagaimanapun, membuat kesilapan di masa kecederaan dan membenarkan Carvalho menyempurnak kan hantaran Kristoffer Ajer menjadikan keputusan seri. – AFP

    Reaksi Alejandro Garnacho pada penghujung perlawanan setelah seri di saat akhir menentang Brentford di Stadium Komuniti Gtech kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda