Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chelsea tundukkan Arsenal

    BEIJING, 23 Julai – Penyerang Chelsea, Pedro telah dibawa ke hospital kerana mungkin tidak sedarkan diri selepas berlanggar dengan penjaga gol Arsenal dalam kemenangan pra musim 3-0 ke atas pesaing London mereka itu di Beijing.

    Pemain berusia 29 tahun itu terbaring di atas padang dengan wajah penuh darah pada separuh masa pertama perlawanan selepas penjaga gol dari Colombia, David Ospina berlanggar dengannya ketika cuba mengeluarkan bola dengan dua tumbukan.

    Selepas menerima rawatan di atas padang selama beberapa minit, Pedro bangun dan berjalan dengan hidung, bibir dan telinga kanan penuh darah.

    “Pastinya dia dalam keadaan baik, tetapi saya rasa dia mengalami satu konkusi,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte kepada para wartawan selepas dua gol Michy Batshuayi memberikannya pasukannya kemenangan selesa.

    “Atas sebab itu doktor kami mahu membawanya ke hospital dan terus membuat pemeriksaan ke atasnya,” jelas warga Itali itu.

    Penyerang Chelsea, Pedro (11) berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina dalam aksi separuh masa pertama perlawanan persahabatan di Beijing, China. – AP
    Penyerang Chelsea, Pedro (11) berlanggar dengan penjaga gol Arsenal, David Ospina dalam aksi separuh masa pertama perlawanan persahabatan di Beijing, China. – AP

    “Ia menyedihkan bahawa ketika ini ia adalah tidak bagus untuk mengalami kecederaan seperti ini, tetapi tidak perlu dibimbangkan dan saya sangat gembira (dengan kemenangan itu).”

    Conte berkata dia tidak tahu sama ada Pedro bermalam di hospital atau tidak, tetapi jika pemain dari Sepanyol itu dalam keadaan baik pada hari Ahad, dia akan terbang bersama pasukan ke Singapura untuk meneruskan pra musim.

    Insiden Pedro itu membayangi persembahan luar biasa penyerang Belgium, Batshuayi di depan seramai 55,618 penyokong.

    Kemenangan itu telah memberikan Blues sedikit sebanyak rasa balas dendam ke atas pesaing London mereka selepas Arsenal membuat kejutan 2-1 pada final Piala FA pada bulan Mei bagi menafikan juara Liga Perdana itu kemenangan berganda. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda