NANJING, 1 Ogos – Jaguh badminton wanita China, Chen Yufei akan bersaing menentang rakan senegaranya Chen Xiaoxin dalam pusingan ketiga Kejohanan Dunia BWF.
Kedua-dua pemain tersebut telah menewaskan Cheung Ngan Yi dari Wilayah Autonomi Hong Kong, China dan pemain Indonesia Gregoria Mariska Tunjung, masing-masing pada pusingan kedua hari ini.
Chen Yufei pernah tewas di tangan Cheung Ngan Yi pada pertemuan akhir mereka pada Terbuka Indonesia 2017, namun kali ini Chen berjaya bangkit dan meraih kemenangan dengan kutipan 21-17, 22-10 dalam 44 minit.
Pada pusingan pertama menyaksikan persaingan yang sangat baik antara kedua-dua pemain. Kutipan mata telah mencatatkan turut naik sehingga Chen menang lima dari enam mata selepas kutipan sama pada 16 untuk memberinya lebihan satu mata perlawanan.

Manakala dalam pusingan kedua, Cheung mendahului dengan 17-10 dan menunjukkan dia akan meneruskan saingan pada pusingan ketiga apabila pemain dunia nombor lima itu menang enam mata berturut-turut dan mengecilkan kutipan. Kedua-dua mereka bertukar pendahuluan dalam mata seterusnya, namun Chen mendapatkan dua mata selepas Cheung terikat 20-20 dalam perlawanan dan beroleh kemenangan.
“Saya rasa saya lebih bersedia hari ini, dari segi mental dan teknikal dan ia menjadikan saya bertambah yakin,” kata Chen selepas itu.
Bakat muda Chen Xiaoxin xin membuka pelukan selepas menang 21-19, 21-14 ke atas pilihan 16 Gregoria Mariksa Tunjung. Pemain berusia 20 tahun itu bangkit dari kutipan 10-5 dalam pusingan pertama dan mendominasi pusingan kedua untuk mara ke pusingan seterusnya.Tidak sabar untuk meneruskan saingan seterusnya, Chen Yufei menikmati lebihan 2-1 untuk menentang pemain dunia ranking 32 Chen Xiaoxin meskipun tewas dalam set berturut-turut pada pertemuan terakhir mereka di Terbuka Switzerland 2017. – Xinhua