Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Cheng Hoe ambil cuti singkat

    ALOR SETAR, 9 FEB – Ketua Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe hanya mengambil cuti singkat bagi menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) bersama keluarga di kampung halamannya, di Simpang Empat di sini berikutan jadual yang padat.

    Cheng Hoe berkata sempena perayaan kali ini, beliau bercuti bermula hari ini dan akan kembali bertugas Isnin depan.

    Beliau berkata meskipun saingan liga hanya akan bermula Mei depan, latihan secara berperingkat telah dijalankan skuad Gergasi Merah.

    “Bagaimanapun, kita belum dapat pasukan penuh lagi setakat ini, kemajuan sedikit perlahan kerana ada pemain yang bermain di Piala Asia masih diberikan rehat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

    Antara pemain Selangor yang beraksi di Piala Asia ialah pemain skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, Khuzaimi Piee, Noor Al-Rawabdeh (Jordan) dan Umar Eshmurodov (Uzbekistan).

    Mengenai TBC yang disambut esok, Cheng Hoe berkata kira-kira 20 ahli keluarganya akan berkumpul malam ini untuk makan besar. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...