Tuesday, November 26, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chepngetich pecah rekod dunia maraton wanita

    WASHINGTON, 14 OKT – Pelari sensasi Kenya, Ruth Chepngetich mencipta sejarah baharu apabila memecahkan rekod dunia maraton wanita dengan catatan masa dua jam, sembilan minit dan 56 saat pada Maraton Chicago 2024, kelmarin.

    Bekas juara dunia berusia 30 tahun itu berjaya mengatasi rekod dunia sebelumnya iaitu 2:11:53 yang dipegang oleh Tigst Assefa dari Ethiopia pada September lalu di Berlin.

    Chepngetich mempamerkan keazaman tinggi sejak awal perlumbaan, melewati penanda 5km dalam masa 15 minit dan 10km dalam 30 minit 14 saat.

    Dengan rentak larian yang konsisten dan pantas, Chepngetich terus memperkukuh kedudukannya sebelum menamatkan perlumbaan dengan kelebihan lebih tujuh minit.

    Pelari Ethiopia, Sutume Asefa Kebede, menduduki tempat kedua dengan catatan masa 2:17:32, diikuti rakan senegara Chepngetich, Irine Cheptai yang ketinggalan 20 saat di belakang.

    Dalam kategori lelaki, John Korir melengkapkan kejayaan berganda buat Kenya apabila muncul juara dengan catatan masa dua jam dua minit 43 saat, menjadikannya pelari keenam terpantas dalam sejarah maraton.

    Sementara itu, Huseydin Mohamed Esa dari Ethiopia meraih tempat kedua dengan masa 2:02:43, manakala Amos Kipruto dari Kenya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 2:04:50. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda