VISAGINAS – Satu mini siri HBO yang menampilkan igauan ngeri nuklear era Soviet dalam tahun 1986, telah mencetuskan minat global, sekali gus mempertingkatkan pelancongan di Lithuania.
Negara Baltik yang merupakan tempat penggambaran siri Chernobyl menjadi destinasi yang digelar pelancongan atom sejak drama itu disiarkan pada awal tahun ini.
Di loji nuklear Ignalina, Mikhail Nefedyev merenung dengan tajam ke arah lampu hijau yang berkelip-kelip di panel kawalan apabila kumpulan pelancong lain ingin tahu apa kegunaannya. Jurutera yang berusia 64 tahun itu menjelaskan kepada mereka apa sebenarnya yang berlaku apabila reaktor yang sama telah meletup di Chernobyl, Ukraine pada 33 tahun yang lalu.
Kilang Ignalis merupakan prototaip yang sama yang ada dengan Chernobyl. Ia mempunyai cetak biru dan reaktor penyejuk grafik yang sama dengan kapasiti kuasa 1,500MW. Ignalina telah ditutup pada satu dekad yang lalu. Penutupan dan penyahtauliahan merupakan syarat utama untuk Lithuana menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004.
Pada tahun 1986, Lithuana adalah sebahagian dari empayar Soviet, iaitu salah satu republik yang terjejas oleh bencana nuklear itu. Beribu-ribu pekerja telah dihantar ke sana untuk menangani malapetaka di Chernobyl itu dan ramai yang telah meninggal dunia.


Sekarang bencana nuk-lear membantu Lithuana untuk mengembangkan lagi destinasi pelancongan. Mini siri ‘Chernobyl,’ yang menerima pujian tinggi, terus menarik penonton yang ingin tahu ke lokasi pengembaraan di ibu kota Vilnius dan Ignalina di mana batang besi uranium yang sejuk masih kelihatan di dalam kolam konkrit. Kilang itu juga dibukakan untuk para pelancong apabila pada tahun lalu, mencatatkan ketibaan lebih 2,240 pelancong asing.
Menjelang Julai lalu, 1,630 orang telah melawat kilang itu dan permintaan kunjungan ke sana semakin bertambah, menurut pegawai kilang itu.
“Mereka telah membuat filem yang sangat bagus. Tetapi apa yang terjadi lama dahulu tidak mengganggu kami sekarang. Saya rasa mengimbas semula peristiwa itu bukan idea yang baik,” kata Nefedyev, selepas menjelaskan bagaimana reaktor RBMK meletup.
Para pelancong yang tiba ke negara dengan penduduk seramai tiga juta itu, akan mengunjungi lokasi penggambaran pertama iaitu muzium KGB, di pusat bandar Vilnus di mana babak soal siasat telah dirakamkan. Pelancong kemudian dibawa ke era Soviet di daerah Gray, kondominum yang dibina pada pertengahan tahun 1980 yang kelihatan seperti Pripyat, bandar nuklear menempatkan kilang Chernobyl.
“Pelawat-pelawat datang untuk melihat tempat-tempat yang kami tidak pernah mempromosinya. Ia merupakan perkara baharu dan luar biasa kerana kami tidak melihat mereka di Old Town untuk mengambil gambar gereja-gereja Baroque, bahkan mereka lebih suka berswafoto di sini,” kata Inga Romanovskiene, pengurus am, di agensi Go Vilnius.
Selepas lokasi di Venus, para pelancong itu boleh memilih sama mahu menuju ke lokasi 160 kilometer utara dan menyertai lawatan tiga jam di kilang nuklear. Mereka diberikan dosimeter, helmet, pakaian putih dan kasut sebelum meneroka melalui lorong yang berliku-liku, lampu yang kurang terang, dewan reaktor, hangar turbin dan pusat kawalan dengan butang merah yang pernah ditekan sebelum berlakunya letupan. Telefon bimbit, kamera, meminum minuman, makan dan merokok adalah ditegah sama sekali.
“Rasanya seperti anda melangkah kembali ke tempat babak yang dibuat itu. Ia sangat tulen dan saya teringat pernah melihat mengenai Chernobyl dalam berita, tetapi saya lebih berminat dengan apa yang terjadi dan babak-babak yang ditonton dalam siri drama itu,” kata Adam selepas melawat ke daerah di era Soviet yang digunakan oleh HBO sebagai lokasi pengembaraan.
Antanas Turcinas, salah seorang pekerja yang dihantar ke Chernobyl seminggu selepas bencana berharap mini siri itu akan membawa kepada penjagaan lebih baik kepada orang yang terselamat. – AP