Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cherry on Top pikat Datuk Syafinaz berduet

    Biarpun baru setahun bertapak dalam industri muzik Malaysia, kumpulan rock progresif, Cherry on Top yang dianggotai oleh enam anak muda, berjaya memikat hati diva soprano, Datuk Syafinaz Selamat untuk berkolaborasi dalam album single pertama mereka berjudul Ketagih.

    Terasa seakan mimpi, vokalisnya Adriana Audrey Michael, 23, atau lebih dikenali sebagai Holy, menyifatkan peluang berduet dengan penyanyi tersohor itu sebagai pembakar semangat untuknya mengasah vokal agar lebih mantap.

    “Saya sejujurnya speechless bila dapat berduet dengan diva seperti Datuk Syafinaz, tapi pada masa sama saya bersyukur dia (Syafinaz) beri kepercayaan kepada band kami yang masih belum dikenali ramai,” katanya ketika ditemui selepas program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, pada Selasa.

    Satu-satunya ahli wanita dalam kumpulan itu, anak kelahiran Papar, Sabah tersebut tidak bimbang akan dibandingkan dengan suara guru vokal berkenaan, kerana percaya setiap individu ada kelebihan dan keunikan tersendiri.

    Sementara itu, pemain papan nada (keyboard), Raja Hifzhan Shah Raja Mohd Sham atau Kuzan, 22, pula berkata syarikat rakamannya, One Scream Studio, memilih Syafinaz untuk digandingkan dalam lagu Ketagih yang berkisar tentang kesan ketagihan terhadap peranti, kerana kepakaran penyanyi tersebut dalam muzik klasik. – Bernama

    Raja Hifzhan Shah dan Adriana Audrey Michael ketika hadir pada program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV mengenai Cherry On Top: Penerus Legasi Rock Progresif di Wisma Bernama pada 9 Julai. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda