Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Cheryl Samad kembali dengan drama terbaharu

    SELEPAS 10 tahun menyepi, pelakon dan pengacara terkenal Cheryl Samad kembali dengan drama terbaharu, The Bridge bagi mengubati kerinduan pe-minat.

    Menurut Cheryl, 38, dia terbuka hati menerima tawaran drama 10 episod itu kerana naskhahnya menarik.

    “Saya ditawarkan penerbit untuk menjayakan drama ini beberapa bulan lalu.

    “Selain tertarik dengan jalan ceritanya yang sukar dijangka, saya percaya tahun ini adalah masa paling sesuai untuk saya membuat kemunculan semula,” katanya.

    Cheryl berkata, dia juga menimba pengalaman berharga bekerja dengan produksi The Bridge.

    Cheryl Samad kembali aktif berlakon dengan membintangi drama The Bridge. – Agensi

    “Penerbit memaklumkan sutradara TJ Lee yang mencadangkan nama saya untuk terbabit dalam projek ini.

    “Saya sangat teruja kerana memang sudah lama menanti peluang bekerjasama dengan pengarah hebat dari Singapura itu,” katanya.

    Mengulas mengenai watak, Cheryl tampil sebagai isteri kepada karakter lakonan Bront Palarae.

    “Saya bawa watak ahli perniagaan, isteri dan ibu kepada dua anak. Watak ini banyak tekanan dan agak memenatkan saya,” katanya.

    Cheryl mengakui dia berasa gementar pada hari pertama penggambaran drama bersiri terbabit.

    “Bukan mudah kembali menyesuaikan diri di lokasi penggambaran. Syukur, semua pelakon dan kru baik malah kami saling membantu.

    “Saya sudah boleh menyesuaikan diri pada hari kedua sehingga penggambaran selesai,” katanya.

    Kali terakhir Cheryl berlakon adalah pada 2008 menerusi drama Ghost.

    Ditanya projek baharu selepas The Bridge, kata Cheryl ia bergantung pada naskhah ditawarkan.

    “Saya bukannya berlagak diva untuk ‘demand’ tapi jika saya terbabit dengan projek drama baharu, saya akan meneliti jadual terlebih dahulu.

    “Selepas drama Ghost, saya berhenti berlakon kerana berkahwin dan dapat dua anak.

    “Dalam tempoh 10 tahun, ada banyak tawaran datang tapi saya tolak kerana karakter tidak sesuai dan pelbagai faktor lagi,” katanya.

    Drama bersiri The Bridge lakonan Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff ini akan ditayangkan di ntv7 dan saluran Viu pada 26 November nanti. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda