Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile batalkan arahan pemindahan tsunami

    SANTIAGO, 4 MEI – Pihak berkuasa Chile telah membatalkan arahan pemindahan awal di wilayah selatan Magallanes pada Jumaat susulan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud, tetapi amaran tsunami masih berkuat kuasa di kawasan pantai, menurut pegawai kerajaan.

    Gempa kuat itu berlaku pada jam 8:58 pagi waktu tempatan dan gempa dapat dirasakan pada 218 kilometer di selatan Puerto Williams, bandar bahagian selatan di Chile, kira-kira 3,500 kilometer dari Santiago.

    “Tiada keperluan untuk pemindahan pada masa ini, tetapi ancaman tsunami kekal terhad di kawasan pantai dan pesisir Magallanes,” kata ketua Sistem Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Alicia Cebrian.

    Pihak berkuasa berkata ombak setinggi antara 30 sehingga 90 sentimeter masih boleh berlaku. Penduduk dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai, sungai, jeti, pelabuhan dan juga kawasan pesisir sehingga amaran ditarik balik.

    Kerajaan pada mulanya mengeluarkan ‘status berjaga-jaga’ untuk wilayah Magallanes dan Wilayah Antartika Chile, satu langkah pencegahan apabila terdapat risiko tsunami, dengan impak rendah di kawasan pantai.

    Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

    Lebih 12 gegaran susulan turut berlaku selepas gempa utama, termasuk satu gegaran yang berukuran 6.1 magnitud. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda