Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Chile bergelut kawal kebakaran hutan

    SANTIAGO, 15 DIS – Chile sedang bertungkus-lumus memadam kebakaran hutan besar yang setakat ini telah memusnahkan lebih 4,400 hektar kawasan di wilayah tengah dan selatan negara itu, menurut Pejabat Kecemasan (Onemi) Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Awam semalam.

    Setakat ini, 25 kawasan kebakaran hutan sudah berjaya dikawal dan anggota penyelamat masih berusaha untuk memadam kebakaran di lapan lagi kawasan.

    Kebakaran terbesar yang sedang berlaku itu telah memusnahkan 309 hektar kawasan di Palmilla, sebuah komun (perkampungan) di wilayah O’Higgins di selatan Santiago, lapor Xinhua. 

    Di komun Lolol, Santa Cruz dan di O’Higgins, kebakaran sudah memusnahkan 1,915 hektar kawasan dan setakat ini kebakaran berjaya dikawal namun belum berjaya dipadamkan sepenuhnya.

    Seorang maut dan lima lagi cedera dalam kebakaran di wilayah Metropolitan, tengah Santiago manakala 46 rumah dan 659 hektar kawasan musnah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...