Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile, Costa Rica mula pemvaksinan COVID-19

    SANTIAGO, 24 DIS – Chile dan Costa Rica akan memulakan vaksinasi koronavirus hari ini, menyertai Mexico dalam kalangan negara-negara Amerika Latin pertama yang memulakan kempen imunisasi besar-besaran.

    Sebuah pesawat membawa 10,000 vaksin keluaran Pfizer-BioNTech tiba di lapangan terbang Santiago di bandar Chile pada pagi ini.

    Vaksinasi ke atas para pekerja kesihatan dari empat rantau Chile ditetapkan bermula pada hari sama.

    Presiden Chile, Sebastian Pinera berkata negara itu sudah mendapatkan 30 juta vaksin koronavirus dari tiga pembekal, mencukupi untuk menginokulasi 15 juta penduduk – lebih dua pertiga penduduk – dalam separuh pertama tahun 2021.

    Costa Rica menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer-BioNTech lewat kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda