Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile gantung operasi kilang keluli

    SANTIAGO, 8 OGOS – Kilang keluli terbesar Chile mengumumkan kelmarin bahawa ia telah menggantung operasi kerana tidak dapat mengekalkan kilang tersebut dari segi kewangan, walaupun tarif baharu dikenakan ke atas keluli China bertujuan melindungi pengeluaran tempatan.

    Kerajaan Chile menyifatkan keputusan kilang Huachipato sebagai ‘tidak bertanggungjawab,’ dengan sekurang-kurangnya 2,700 pekerja terjejas secara langsung dan sebanyak 20,000 pekerjaan dikaitkan secara tidak langsung dengan kilang itu.

    Lembaga pengarah syarikat itu berkata keputusan untuk ‘menggantung’ operasi untuk tempoh yang tidak pasti dibuat kerana mustahil untuk menetapkan harga keluli secara kompetitif ketika menghadapi lambakan keluli China yang semakin meningkat, walaupun dengan tarif yang dikenakan.

    Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kewangan Chile pada April mengenakan tarif sementara ke atas import batang dan bebola keluli China masing-masing sebanyak 24.9 peratus dan 33.5 peratus.

    Kedua-dua produk itu adalah input utama dalam pengeluaran tembaga, di mana Chile adalah peneraju utama di dunia. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda