Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile halang kapal persiaran bawa lebih 1,800 berlabuh

    SANTIAGO, 24 MAC – Sebuah kapal persiaran yang membawa lebih dari 1,800 orang penumpang – termasuk 42 orang mengalami gejala selesema – telah dihalang dari berlabuh di Chile kelmarin disebabkan oleh kerisauan koronavirus.

    The Zaandam, yang mengibarkan bendera Belanda dan dikendalikan oleh kumpulan Holland America (Carnival), telah mencari tempat untuk seorang penumpangnya yang sakit sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir di Fort Lauderdale, Florida, menerusi Terusan Panama. Kapal tersebut memulakan pelayaran dari Buenos Aires pada 7 Mac.

    Holland America berkata bahawa 13 orang dari 1,243 penumpangnya dan 29 dari 586 orang kru jatuh sakit.

    “Kini musim selesema, dan ujian COVID-19 tidak terdapat di atas kapal, ia adalah sukar untuk memastikan punca kes yang meningkat ketika ini,” syarikat tersebut berkata, dan menambah ia mengikuti rekomendasi dari Pusat Pengawalan Penyakit dan Pencegahan AS.

    Kesemua penumpang yang sakit telah diasingkan dan kontak rapat mereka turut di kuarantin, ia berkata.

    Selepas melalui Cape Horn, Zaandam pada mulanya akan berlabuh pada 21 Mac di San Antonio, pelabuhan yang sedang berkhidmat di rantau tersebut berhampiran dengan ibu kota Chile, Santiago. – AFP

    Sebuah kapal persiaran yang dikendalikan oleh Holland America (Carnival) yang membawa lebih dari 1,800 penumpang telah dihalang daripada berlabuh di Chile kelmarin berikutan dengan kebimbangan koronavirus. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda