Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China adakan latihan tentera baharu

    BEIJING, 27 OGOS – China berkata ia akan mengadakan latihan tentera di Laut China Timur dekat Taiwan minggu ini, dengan hubungan tegang antara Beijing dan pulau tersebut.

    Ia akan menjadi latihan kali ketiga dalam masa sebulan dan muncul selepas persetujuan jualan senjata AS baru-baru ini kepada Taiwan yang bernilai bilion dolar, termasuk jet pejuang F-16.

    Hubungan antara Beijing dan Taipei merosot sejak Presiden Tsai Ing-wen berkuat kuasa pada 2016 kerana partinya enggan untuk mengiktiraf idea yang Taiwan adalah sebahagian daripada ‘One China’.

    Sebagai hukuman, Beijing telah memutuskan komunikasi rasmi, meningkatkan latihan tentera, memujuk sekutu-sekutu diplomatik dan meningkatkan tekanan ekonomi ke atas pulau terbabit.

    Kapal-kapal akan dihalang daripada memasuki perairan luar pantai wilayah Zhejiang timur China selama 48 jam bermula 6 petang hari ini atas sebab latihan perang, kata Pentadbiran Keselamatan Maritim Zhejiang dalam makluman ringkas kelmarin.

    Ia tidak memberikan butiran berhubung skala latihan atau unit-unit tentera yang terlibat. Akhbar Global Times yang disokong kerajaan menggelar ia ‘latihan peluru hidup’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda