Tuesday, September 17, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘China adalah peluang ekonomi bukan ancaman’

    BEIJING, 8 SEPT – Timbalan Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen, memberitahu rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS) kelmarin bahawa China adalah peluang ekonomi bukannya ancaman kepada AS, kata kementerian itu.

    Perdagangan merupakan salah satu daripada bidang yang menimbulkan ketegangan antara dua kuasa utama dunia, termasuk persaingan dalam teknologi dan ketegangan di Laut China Selatan dan Taiwan.

    Wang bertemu Setiausaha Perdagangan AS untuk Perdagangan Antarabangsa, Marisa Lago di bandar pelabuhan utara Tianjin di mana ia merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pegawai itu pada tahun ini.

    Mereka mengadakan perbincangan profesional, rasional dan pragmatik mengenai isu politik dan perdagangan, yang dibangkitkan khususnya oleh komuniti perniagaan kedua-dua buah negara, kata Kementerian Perdagangan dalam satu kenyataan.

    Wang menyatakan kebimbangan China tentang pelbagai duti dan sekatan kastam AS yang menyasarkan syarikat atau produk China. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda