RABAT, 29 Nov – Para delegasi menaruh harapan kuat untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam perjanjian ekonomi China-Afrika, semasa penutupan Forum Pelaburan China – Afrika yang kedua kelmarin di Marrakech, Maghribi.
Komitmen ini dibuat pada CAIF yang kedua, dengan mengumpulkan sebanyak 500 orang pemimpin perniagaan China dan Afrika dari peringkat tertinggi, hadir untuk memudahkan perundingan perniagaan di antara para pelabur perdagangan dan pelaburan dari China dan negara-negara Afrika.
Dengan memberikan kuliah dan perbahasan terhadap implikasi kewangan bagi ekonomi Afrika terhadap Laluan Sutera dan bagaimana untuk menjana sasaran dinamik yang baru ke arah menjadikan benua Afrika sebagai platform perindustrian yang mutlak.
Di samping bersidang, bengkel praktikal turut diberikan dan menjadi kunci ke arah kesefahaman dasar ekonomi dan operasi persekitaran China dan Afrika.
“Penganjuran bagi acara terbesar ini merupakan sebahagian daripada pendekatan proaktif dan strategik pada peringkat tertinggi di Maghribi.
Ia bertujuan untuk menyokong kerjasama negara-negara selatan dan merealisasikan potensi penuh perkongsian Maghribi-China-Afrika, beritahu Hafid Elalamy, menteri Industri, perdagangan, pelaburan dan ekonomi digital Maghribi.
Majlis berkenaan turut membincangkan langkah bagi meningkatkan pelaburan, menggalakkan perkongsian dalam sektor pertumbuhan baru, memupuk pengeluaran bersama dan sumber perindustrian tempatan, mengenal pasti kepentingan bersama antara strategi pelaburan China dan keutamaan ekonomi Afrika, dan mewujudkan rangka kerja kewangan dan perundangan yang akan mempromosikan perdagangan dan kejayaan industri.
Ia mengambil masa kurang daripada 20 tahun bagi China untuk menjadi rakan utama ekonomi Afrika, dengan lebih 10,000 syarikat yang bergerak aktif di benua berkenaan, dengan nilai perdagangan bersama Afrika mencapai AS$90 bilion pada 2016.
Melebihi nilai gabungan daripada India, Perancis dan Amerika Syarikat. – Xinhua