China akan keluarkan ‘kereta masa depan’

SHANGHAI, 19 April – Pengeluar kereta global telah meletakkan kedudukannya sebagai dunia baharu yang berupaya mengeluarkan ‘kereta masa depan’ yang hyper-connected, autonomi dan boleh berkongsi serta akan menjadi konsep makmal di negara China.

Hampir semua bersetuju bahawa tidak ada bukti yang lebih baik daripada China sebagai bandar besar yang menerima kemudahan perkhidmatan baharu berteknologi tinggi.

Untuk mengambil kesempatan ini, pengeluar tersebut bersaing bukan sahaja untuk menjual kenderaan konvensional dan elektrik di pasaran kereta terbesar dunia, tetapi juga untuk membangunkan teknologi baharu dan juga hiasan khusus yang direka atas permintaan pengguna.

“Kami bukan sahaja akan mencipta kereta elektrik. Mereka juga perlu bijak, saling behubung dan sudah tentu berkongsi,” jelas Naib Presiden Great Wall Motors, Zhao Guoqing dalam acara Pameran Shanghai Auto yang berlangsung kelmarin. – AFP

Sebuah kereta berjenama Toyota dipamerkan semasa Acara Pameran Shanghai Auto. – AFP