BEIJING, 21 OGOS – China berkata hari ini yang ia akan mengenakan sekatan levi ke atas syarikat-syarikat AS yang berkaitan dengan penjualan jet pejuang canggih F-16V bernilai AS$8 bilion ke Taiwan dalam satu langkah yang melanjutkan ketegangan hubungan China-Amerika.
AS seharusnya ‘berundur serta-merta’ daripada cadangan jualan senjata, kata jurucakap kementerian luar negeri China, Geng Shuang pada satu taklimat. – AP