Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    China akhiri latihan ketenteraan sekitar Taiwan

    BEIJING, 10 OGOS – China hari ini mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.

    Komando Pasukan Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata ia “telah berjaya menyelesaikan pelbagai misi semasa latihan baru-baru ini di sekitar pulau Taiwan dan telah menguji dengan berkesan kapasiti tempur operasi bersama tentera,” lapor Agensi Anadolu yang memetik akhbar China Global Times.

    Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas China mengeluarkan Kertas Putih yang enggan menolak penggunaan kekerasan untuk menyatukan Taiwan dengan tanah besar.

    Bagaimanapun, ia menambah bahawa China akan ‘bekerja dengan penuh keikhlasan untuk mencapai penyatuan secara aman’.

    Pada Selasa dan Rabu lalu, Pelosi melakukan lawatan singkat ke pulau itu, yang merupakan lawatan anggota dewan AS berpangkat tinggi yang pertama ke negara itu selepas 25 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    New Zealand larang guna telefon bimbit di sekolah

    WELLINGTON, 1 DIS – Telefon bimbit akan dilarang di sekolah-sekolah di seluruh New Zealand, kata Perdana Menteri konservatif Christopher Luxon hari ini, ketika kerajaannya...