Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China alu-alukan lawatan PM Australia

    BEIJING, 23 OKT – China hari ini berkata bahawa mereka mengalu-alukan lawatan perdana menteri Australia bulan depan, dan berkata bahawa Beijing berminat untuk mengukuhkan hubungan dengan Canberra ketika kedua-dua rakan dagang itu berusaha untuk memperbaiki hubungan.

    Kementerian luar Beijing berkata bahawa mereka berharap lawatan Anthony Albanese, yang dijadualkan pada 4 hingga 7 November atas jemputan Perdana Menteri Li Qiang, akan membantu meningkatkan hubungan.

    “Hubungan China-Australia yang sihat dan stabil adalah demi kepentingan asas kedua-dua negara dan rakyat mereka, dan juga membantu kepada keamanan dan kestabilan serantau dan dunia,” kata jurucakap kementerian luar, Mao Ning.

    “China bersedia untuk bekerjasama dengan Australia untuk mengukuhkan pertukaran peringkat tinggi, meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam pelbagai bidang, menggalakkan pembangunan berterusan dan peningkatan hubungan dua hala, dan memberi manfaat yang lebih baik kepada kedua-dua negara,” tambahnya.

    Albanese menjadualkan lawatan itu selepas China bersetuju untuk mengkaji cukai besar terhadap wain Australia yang telah mencetuskan pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

    Ia juga berlaku selepas pembebasan wartawan Australia, Cheng Lei, yang dihantar pulang dari China bulan ini selepas ditahan selama tiga tahun atas tuduhan pengintipan yang dilihat secara meluas yangbermotifkan politik.

    “Saya dengan penuh harapan menanti lawatan ke China, satu langkah penting dalam memastikan hubungan yang stabil dan produktif,” kata Albanese dalam satu kenyataan.

    “Saya mengalu-alukan kemajuan yang telah kami lakukan untuk mengembalikan produk Australia, termasuk wain Australia, ke pasaran China,” tambahnya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda