BEIJING, 2 NOV – China dan Amerika Syarikat (AS) akan mengadakan rundingan mengenai kawalan senjata dan ketakcambahan senjata nuklear di Washington pada minggu
depan.
Kenyataan terbabit dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin dalam satu sesi taklimat hari ini, lapor Sputnik.
Media AS kelmarin melaporkan bahawa China bersetuju mengadakan perbincangan dengan Washington, dan pertemuan pertama antara dua kuasa besar itu dijangka berlangsung pada 6 November. – Bernama