Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, AS perlu perluas kerjasama – Duta China

    WASHINGTON, 2 OKT – Duta Besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng menegaskan bahawa kedua-dua negara perlu memperluas kerjasama bagi mencapai situasi sama menang.

    Beliau berkata demikian pada majlis resepsi sempena sambutan ulang tahun ke-76 penubuhan Republik Rakyat China yang berlangsung di Washington pada Isnin.

    Menurut Xie, China dan AS memiliki kepentingan bersama yang luas serta ruang kerjasama yang besar.

    “Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencecah hampir AS$688.3 bilion pada 2024, berbanding hanya AS$2.5 bilion pada 1979. Angka ini membuktikan daya tahan serta momentum dalaman hubungan perdagangan China-AS yang kukuh,” katanya.

    Beliau berkata usaha membanteras pendatang haram, penipuan telekomunikasi, jenayah kewangan, pencegahan dan rawatan kanser serta penyakit berjangkit, selain teknologi kecerdasan buatan (AI), boleh dijadikan tumpuan kerjasama bagi kedua-dua pihak. – Bernama

    Duta Besar China, Xie Feng, berucap melalui video pada Forum Perniagaan AS-China yang berlangsung di Forbes on Fifth, New York, pada 29 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda