Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    China, AS sepakat realisasi pertemuan pemimpin di San Francisco

    BEIJING, 30 OKT – Ahli Biro Politik Jawa-tankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat (AS) pada 26 hingga 28 Oktober lalu.

    Sempena lawatan itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Joe Biden, selain dua pusingan rundingan dengan Setiausaha Negara Antony Blinken dan bertemu Penasihat Keselamatan Jake Sullivan.

    Kedua-dua pihak sepakat bersinergi untuk merealisasikan pertemuan ketua negara di San Francisco.

    Dalam pada itu, China menegakkan lima kemestian untuk perkembangan hubungan bilateral iaitu konsensus pemimpin mesti dipatuhi, hubungan dua hala mesti distabilkan, saluran komunikasi mesti kekal lancar, perselisihan mesti dikawal dan kerjasama saling untung mesti diperkasa.

    China juga memperincikan usaha dalam tiga perkara iaitu memahami niat strategik satu sama lain secara objektif, melihat persaingan dengan betul dan memperjelas konsep keselamatan negara. Ia turut memperlihatkan perancangan China bagi mendorong hubungan dengan AS kembali ke landasan yang sihat.

    Kenyataan China itu mendapat respons positif daripada AS yang juga berharap hubungan bilateral menjadi stabil dan mampan.

    Pertukaran dan kerjasama China-AS di pelbagai peringkat kini semakin rancak, bukan sahaja melibatkan komunikasi kumpulan kerja ekonomi dan kewangan, tetapi juga kerjasama di peringkat setempat serta usaha sama dalam menangani perubahan iklim dan lain-lain.

    Tiga prinsip yang dikemukakan Presiden Xi Jinping iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung, dianggap amat signifikan bagi perkembangan hubungan China-AS.

    Pertemuan peringkat tinggi berkenaan memberikan mesej positif mengenai perkembangan hubungan China-AS. – Bernama

    Wang Yi, (kanan), semasa mesyuarat dua hala dengan Setiausaha Negara Antony Blinken di Jabatan Negara di Washington pada 27 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...