Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, AS tingkat kerjasama ekonomi demi manfaat bersama

    BEIJING, 15 OGOS – Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) adalah saling menguntungkan dan diharap ia akan mempergiat lagi pertukaran dan kerjasama, kata Duta China ke AS, Qin Gang.

    Beliau berkata kerjasama ekomi juga dapat menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada hubungan dua hala untuk memastikan ia terus berkembang secara mampan dan sihat.

    “Kami turut menghargai sumbangan Majlis Perniagaan AS-China (USCBC) dalam memperkukuh hubungan AS dengan China dalam beberapa tahun lalu,” katanya ketika berunding dengan Presiden USCBC, Craig Allen secara maya pada Jumaat lalu.

    Sementara itu Craig Allen berkata hubungan AS-China yang stabil amat penting kepada semua ahli perniagaan yang terbabit.

    “Pihak kami komited untuk terus memberikan sumbangan demi merapatkan pertukaran dan kerjasama yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara,” katanya.

    Dalam rundingan itu Qin dan Allen saling bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi perhatian bersama. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda