Monday, April 28, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, ASEAN kukuh kerjasama sumber tenaga bersih

    HAIKOU 20 SEPT – China dan ASEAN sudah menjalankan kerjasama amat baik dalam bidang pemerolehan sumber tenaga, inovasi dan penggunaan teknologi sumber tenaga yang bersih dan pembiayaan demi tenaga hijau.

    China mahu terus merancakkan kerjasama  dengan negara-negara ASEAN dalam bidang kesalinghubungan tenaga elektrik, tenaga boleh diperbaharui (RE) dan peningkatan keupayaan penjanaan tenaga yang bersih pada masa depan.

    Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Tenaga Kebangsaan (NEA) China, Zhang Jianhua,  dalam majlis perasmian Minggu Kerjasama Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN Tahun 2023 di Haiko, provinsi Hainan kelmarin. 

    Para hadirin dari pelbagai pihak juga menyatakan akan mengintensifkan kerjasama dalam bidang sumber tenaga yang bersih.

    Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn, berkata permintaan sumber tenaga di rantau ASEAN dijangka akan menambah tiga hingga empat kali ganda menjelang tahun 2050  dan kerjasama ASEAN dengan China akan menumpu kepada tenaga angin perairan, tenaga hidroelektrik, kesalinghubungan tenaga elektrik dan pengangkutan hijau.

    “Berharap agar Minggu Kerjasama Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN berperanan sebagai satu platform penting bagi kedua-dua pihak mengambil langkah seterusnya untuk menggerakkan transformasi sumber tenaga ke arah hijau dan karbon rendah demi manfaat pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak,” kata Kao.

    Perisytiharan Haikou, Kerjasama Syarikat Sumber Tenaga Bersih China-ASEAN, Peta Garisan Pembangunan Tenaga Elektrik Perairan dan beberapa dokumen lain telah dikeluarkan sempena berlangsungnya aktiviti itu, yang dipercayai akan menyuntik momentum baharu kepada kerjasama kedua-dua pihak. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda