Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, ASEAN tubuhkan perikatan inovasi sains dan teknologi durian

    SANYA, 22 JULAI – Perikatan Inovasi Sains dan Teknologi Durian China-ASEAN ditubuhkan pada 20 Julai lepas.

    Perikatan itu ditubuhkan oleh Akademi Sains Pertanian Hainan China (HNAAS) dengan persatuan industri durian utama dari Malaysia, Thailand, Laos dan Kemboja pada Seminar Industri Durian China-ASEAN 2024 yang diadakan di bandar Sanya, provinsi Hainan di selatan China.

    Perikatan itu bertujuan mewujudkan platform inovasi sains dan teknologi terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dan memperkasa kerjasama antara China dan ASEAN mengenai teknologi penanaman durian, teknologi peningkatan kepelbagaian, teknologi pemprosesan dan inovasi rantaian industri.

    Pada hari yang sama, insurans penanaman pokok durian yang pertama di Hainan telah diumumkan dan kedai francais durian yang pertama di China juga dibuka di bandar Sanya.

    Untuk rekod, penanaman semai durian mula dijalankan untuk fasa percubaan di Hainan pada 2019 dan para pekebun turut dapat mengecapi tuaian sebanyak kira-kira 50 tan di Sanya pada 2023 yang menandakan tuaian kumpulan pertama dalam industri durian di China.

    Kapasiti penanaman durian di Hainan telah meningkat kepada kira-kira 2,667 hektar dengan pengeluaran dijangka mencecah 250 tan pada tahun ini.

    Ketua HNAAS, Liu Zuokai berkata penanaman durian sedang dipergiatkan di provinsi Hainan, Guangdong, Yunnan dan wilayah Guangxi pada masa ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda