Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    China bakal anjur persidangan pertukaran sains, teknologi BRI

    BEIJING, 31 OKT – Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi Jalur dan Laluan edisi pertama dijadual berlangsung di bandar Chongqing, barat daya China pada 6 hingga 7 November.

    Persidangan itu memfokuskan kerjasama antara kerajaan serta pertukaran sesama rakyat dalam bidang sains dan teknologi, pembangunan inovatif industri, perubahan paradigma penyelidikan saintifik, perubatan pada masa hadapan, open science, data raya dan lain-lain.

    Sebanyak lima seksyen membabitkan 10 aktiviti utama turut diatur, antaranya termasuk mesyuarat peringkat menteri mengenai inovasi teknologi dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

    Naib Menteri Sains dan Teknologi China, Zhang Guangjun berkata inovasi sains dan teknologi merupakan komponen penting kerjasama berorientasikan BRI.

    “Berpandukan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, kerjasama berkenaan dilaksanakan demi kebajikan rakyat dan pembangunan mampan,” kata beliau semasa sidang media di Beijing pada Isnin.

    Setakat ini, China telah menandatangani perjanjian kerjasama sains dan tekonologi antara kerajaan dengan lebih 80 rakan BRI, sekali gus mewujudkan landskap kolaborasi yang menyeluruh dan berbilang dimensi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...