PARA pengeluar automobil sejagat bersiap sedia bagi dunia baharu yang berani bagi pengangkutan yang ditawarkan yang akan memerlukan kereta masa hadapan – amat berkaitan, berautonomi dan dikongsi – dan China mungkin menjadi makmal konsep. Dengan perkhidmatan ride-hailing semaking pesat berkembang dan perkongsian kereta tidak jauh ketinggalan, perlunya kenderaan yang disesuaikan dengan ini dan penyelesaian pergerakan lain yang berkembang adalah salah satu topik-topik paling panas kalangan para pengeluar automobil sejagat yang dikumpulkan bagi Pameran Auto Shanghai pada minggu ini.
Hampir semua bersetuju bahawa tiada asas yang lebih terbukti dari China; bandar-bandarnya yang amat besar yang terdesak mencari jawapan bagi kesesakan lalu lintas dan penduduknya difahami bersedia untuk menggunakan perkhidmatan baharu yang berteknologi tinggi. Untuk mengambil peluang dari keadaan ini, para pengilang bersaingan bukan saja untuk menjual kenderaan biasa dan elektrik dalam pasaran automobil terbesar di dunia ini, tetapi juga untuk memajukan teknologi-teknologi baharu dan malah bahagian dalam khusus yang dibentuk bagi dunia yang ditawarkan ini.
“Kita tidak hanya boleh membuat kereta elektrik. Kereta itu perlu pintar, saling berkaitan dan sudah ditentu dikongsi,” Zhao Guoqing, timbalan presiden syarikat gergasi automobil China, Great Wall Motors berkata tentang sampingan pameran automobil. Perbincangan tentang China dan ride-hailing tidak dapat dielakkan melibatkan Didi Chuxing, jawapan di mana-mana negara itu kepada Uber.
Keinginan para pelancong China untuk memanggil pengangkutan dengan telefon pintar telah melahirkan pasaran yang amat besar: pengangkutan tersedia telah mencecah AS$28 bilion dalam pusing ganti di China tahun lalu atau kira-kira separuh jumlah sejagat dan dijangka menjadi dua kali ganda menjelang 2022, menurut firma data, Statista. Didi diperkira kira-kira 90 peratus pasaran China.
‘Potensi Amat Besar’
Potensi penawaran menyatukan para pengeluar automobil dan penyedia perkhidmatan. Tahun lalu, Didi mendedahkan sebuah gabungan pengeluar China dan luar negara yang termasuklah Renault, Toyota dan Volkswagen, yang khas untuk menerokai laluan-laluan ke hadapan.



Dan pada bulan Febuari, syarikat-syarikat gergasi teknologi China, Alibaba dan Tencent berkerjasama dengan beberapa pengeluar-pengeluar untuk memajukan platform masa hadapan bagi pengangkutan yang ditawarkan. “Kami tidak boleh lagi menjadi pengeluar biasa, kami mesti menawarkan penyelesaian bagi pergerakan, kesalinghubungan,” Stephen Wollenstein, pengarah Volkswagen China, memberitahu para pemberita.
Meskipun pendatang baharu ke pasaran automotif China, jenama Perancis, iaitu Renault sedang mara ke hadapan: usaha sama tempatannya dengan pengeluar China Brilliance Auto telah menghantar 600 buah van mini persendirian kepada Didi dalam bulan Februari. “Didi mahu mengeluarkan kenderaan seumpamanya dengan banyak pengeluar kereta, yang lebih disesuaikan dengan perniagaan Didi, dibentuk semula berdasarkan penumpang,” menurut Michael Dong, Timbalan Presiden Renault-Brilliance-Jinbei.
Seperkara, kebanyakan penumpang kereta hari ini direka untuk memuatkan sebuah keluarga dan justeru itu memaparkan ruang terhad di belakang kerana di situlah tempat kanak-kanak lazimnya duduk, menurut Lawrence Petizon, seorang penganalisis AlixPartners.
Tetapi bagi ride-hailing atau perkongsian kereta, lebih banyak ruang diperlukan di bahagian belakang untuk menempatkan para penumpang dewasa. “Kereta keluarga bukanlah jawapan yang betul,” ujarnya lagi.
Para pemandu Didi lazimnya membekalkan kenderaan mereka sendiri, namun pihak berkuasa China menggalakkan firma-firma perkhidmatan membina armada mereka sendiri, sebahagian besarnya untuk memacu industri dan menggalakkan konsep pengangkutan futuristik.
Sebilangan pengeluar malah mencuba perkhidmatan ride hailing dengan BMW dari Jerman menawarkan perkhidmatan mahal di bandar barat daya China, Chengdu dan Volkswagen dan Mercedes-Benz juga berbuat demikian di Shanghai. “Diakui, jumlah tempahan masih tidak mencukupi bagi pengeluaran besar-besaran, namun potensi amat besar,” ujar Dong.
Robot-teksi
Idea ini tidak terbatas di China. Daimler dan BMW pada Februari lalu mengumumkan mereka akan membuat pelaburan bersama-sama ‘lebih satu bilion euro’ untuk mengukuhkan kerjasama antara perkhidmatan mereka Car2Go dan DriveNow di Eropah, yang mana kereta tersedia bagi penggunaan tempoh singkat dari satu tempat ke satu tempat.
Satu perkara yang nampaknya pasti kepada perubahan akhirnya ialah bagaimana kereta di beli dan dijual. “Pengeluar-pengeluar kereta tidak akan lagi menyediakan kereta kepada pelanggan-pelangganya melalui penjualan sekali, namun dengan satu jenama yang menghubungkan mereka dengan para pengguna setiap hari menerusi perkhidmatan pergerakan yang mereka tawarkan,” menurut laporan baru-baru ini oleh Eurogroup Consulting.
Evolusi automotif ini dijangka akan meningkatkan kemajuan kenderaan berautonomi yang telah pun dilihat sebagai masa depan keseluruhan pengangkutan kereta, namun terutamanya dilihat sesuai bagi perkhidmatan bandar bagi perkongsian-kereta. – AFP