Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China balas sekatan EU terhadap eksport

    BANGKOK, 7 JULAI – China kelmarin mengumumkan bahawa syarikat peranti perubatan Eropah akan dihalang daripada menjual produk mereka kepada kerajaan China sebagai tindak balas terhadap sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penjualan produk serupa dari China.

    Menurut notis daripada Kementerian Kewangan China kelmarin, syarikat Eropah akan dikecualikan daripada pembidaan kerajaan sekiranya belanjanya melebihi 45 juta yuan, dengan sekatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

    Bagaimanapun, langkah itu tidak terpakai kepada syarikat Eropah yang telah melabur dan mengeluarkan produk mereka di China.

    Pada Jumaat lalu, China turut mengenakan duti anti-lambakan terhadap jenama arak brandi dari Eropah, terutamanya cognac dari Perancis.

    Walaupun beberapa pengecualian diberikan kepada pengeluar brandi utama, China dan EU kini berdepan pelbagai pertikaian perdagangan dalam pelbagai sektor.

    China sebelum ini membantah apabila banyak negara Eropah mengenakan duti terhadap kenderaan elektrik (EV) buatan China. Sejak itu, China turut melancarkan siasatan terhadap produk daging khinzir dan tenusu dari Eropah. – AP

    Presiden Dewan Perniagaan Kesatuan Eropah di China, Jens Eskelund, bercakap semasa sidang media bagi laporan terkini mengenai syarikat-syarikat Eropah di China pada 9 Januari, di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda