Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China banci penduduk guna peranti mudah alih

    SHANGHAI, 1 NOV – Jutaan para petugas banci mula mengetuk pintu-pintu rumah di seluruh China hari ini bagi kiraan kepala yang dilakukan sekali dalam satu dekad buat penduduk terbesar di dunia yang pertama kalinya akan menggunakan aplikasi mudah alih.

    Sekitar tujuh juta pekerja komuniti dan sukarelawan akan bertugas dalam usaha pengutipan data selama dua bulan, mengunjungi rumah-rumah dari kediaman mencakar langit di perbandaran Shanghai hingga ke kampung-kampung pergunungan terpencil Tibet.

    China melancarkan banci setiap 10 tahun untuk memastikan pertumbuhan penduduk, corak pergerakan dan trend lain, menggunakan penemuan untuk mengagihkan sumber bagi pendidikan, kesihatan, pengangkutan, buruh, penjagaan orang tua dan khidmat lain.

    Jumlah sebelumnya pada 2010 menghitung 1,339,724,852 orang, pertambahan 5.83 peratus atau 73,899,804 orang – bersamaan dengan pertambahan lebih daripada penduduk Perancis 10 tahun akan datang.

    Kebanyakan tumpuan banci tahun ini – yang dijangka mengambil dua tahun untuk disusun sepenuhnya – akan menumpu pada sama ada ia menunjukkan sebarang kenaikan penduduk daripada pengurangan ‘dasar satu anak’ China sebelumnya.

    Dasar itu diperkenalkan lewat 1970an untuk mengurangkan pertumbuhan penduduk di tengah-tengah kebimba-ngan terlalu ramai untuk disara namun dilonggarkan empat tahun lalu dengan membenarkan dua anak kerana bimbang masyarakat China yang pantas menua dan kekurangan tenaga kerja China.

    Namun perubahan itu belum lagi menyebabkan ledakan dalam kelahiran anak damit. – AFP

    Pekerja banci (kiri dan kanan) ketika mengumpul maklumat daripada penduduk di Lianyungang, Jiangsu, timur China pada 1 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda