BEIJING, 29 SEPT – China hari ini menganggap penetapan rantau di sepanjang sempadan mereka yang dipertikaikan sebagai wilayah penyatuan oleh India sebagai tindakan tidak sah, dan menyuarakan bantahan baharu terhadap pembinaan infrastruktur yang nampaknya memantapkan lagi kedudukan India di kawasan itu.
Jurucakap kementerian luar Wang Wenbin juga berkata laporan pangkalan tentera China baharu dan kemudahan lain yang sedang dibina di kawasannya adalah ‘tidak benar dan mempunyai motif ‘udang di sebalik batu.’
Komander tertinggi bersetuju pada awal bulan ini tidak akan menambah lebih ramai tentera di sepanjang sempadan mereka di rantau pergunungan Ladakh, tetapi nampaknya gagal dalam usahanya untuk menghalang tenteranya daripada terbabit dalam pertempuran berterusan seperti yang dijanjikan sebelumnya.
Masih tidak jelas sebab-sebab China menolak tindakan India pada tahun lalu untuk menetapkan Ladakh sebagai wilayah penyatuan yang terpisah dari Jammu dan Kashmir, atau kenapa ia menganggapnya tidak sah.
Bagaimanapun, ia mungkin disebabkan konflik berterusan berhubung Garisan Kawalan Sebenar yang melintasi sebahagian daripada wilayah padang pasir pergunungan itu.
“China tidak mengiktiraf rantau kerajaan Ladakh yang ditubuhkan oleh India,” beritahu Wang kepada wartawan pada taklimat harian, berkata mana-mana pembinaan baharu melanggar janji oleh pemimpin kedua-dua pihak. – AP
