Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Belanda tekad selesai pertikaian cip Nexperia

    THE HAGUE, 20 NOV – Belanda kelmarin mengumumkan bahawa negara itu menggantung pengambilalihan yang dicadangkan terhadap pengeluar cip milik China, Nexperia, sebagai tanda ‘muhibah’, satu langkah yang dialu-alukan China sebagai ‘langkah pertama yang
    positif’.

    Kedua-dua pihak kini bertindak untuk menyelesaikan pertikaian yang tercetus pada September lalu apabila kerajaan Belanda secara efektif mengambil alih kawalan ke atas Nexperia, sebuah syarikat berpangkalan di Belanda tetapi dimiliki oleh Wingtech dari China.

    China bertindak balas dengan mengharamkan pengeksportan semula cip syarikat itu, mencetuskan amaran daripada pengeluar kereta bahawa kilang mereka boleh terhenti tanpa komponen keluaran Nexperia, yang penting untuk sistem elektronik kenderaan. – AFP

    Pemandangan bangunan syarikat dengan logo Nexperia di Hamburg, pada 19 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda