Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China beli 49 peratus grid tenaga Oman

    BEIJING, 17 DIS – Sebuah utiliti milik negara China berkata ia telah membeli 49 peratus grid pembahagian tenaga di negara Teluk Oman.

    State Grid Corp menggambarkan pembelian itu sebagai sebahagian daripada inisiatif Satu Jalur Satu Jalan bernilai berbilion dolar China untuk membina infrastruktur berkaitan perdagangan di seluruh Asia ke Eropah.

    Syarikat itu, yang mengendalikan sebahagian besar sistem pembahagian tenaga China, berkata ia akan menggunakan teknologi dan pengalamannya untuk meningkatkan grid Oman.

    Inisiatif Satu Jalur Satu Jalan menyeru kepada perluasan perdagangan dengan membina pelabuhan, kereta api, loji kuasa merentasi arka lebih dari 60 buah negara dari Pasifik Selatan melalui Asia dan Timur Tengah ke Afrika dan Eropah. Kerajaan China cuba menghubungkan projek-projek baharu dalam inisiatif berkenaan untuk mendapat sokongan dengan Parti Komunis yang berkuasa dan mendapatkan pembiayaan rasmi lain. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda