Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China benar pasangan miliki tiga anak

    BEIJING, 31 MEI – China akan membenarkan setiap pasangan untuk memiliki sehingga tiga anak selepas kaji selidik menunjukkan populasinya semakin menua dengan pantas, lapor media kerajaan hari ini, selanjutnya melonggarkan dasar perancangan keluarga ketat empat dekad di negara yang paling ramai penduduknya di dunia.

    Pada 2016, China melonggarkan dasar kontroversi ‘satu anak’nya – salah satu dasar perancangan keluarga paling ketat di dunia – kepada ‘dasar dua anak’ susulan kebimbangan terhadap tenaga kerja yang semakin berusia serta ekonomi tidak berkembang.

    Meskipun usaha kerajaan menggalakkan pasangan mempunyai anak, kelahiran tahunan China terus menjunam kepada rekod rendah sebanyak 12 juta pada 2020, kata Biro Statistik Nasional bulan lalu, ketika kos sara hidup meningkat dan wanita memilih untuk membuat perancangan keluarga mereka sendiri.

    Penurunan itu mengancam krisis demografi yang sudah pun membimbangkan Parti Komunis yang diketuai oleh Presiden Xi Jinping, menyebabkan kekurangan dalam pekerja muda untuk memacu ekonomi yang pakar katakan menjelang 2050 akan terpaksa menyokong ratusan juta warga tua.

    “Sebagai tindak balas aktif terhadap populasi yang menua… setiap pasangan boleh memiliki tiga anak,” lapor Xinhua yang memetik mesyuarat jawatankuasa pemimpin elit China, Politburo hari ini, yang dihoskan oleh Presiden China, Xi Jinping. – AFP

    Dua wanita bersama anak mereka di Beijing pada 31 Mei. China membenarkan setiap pasangan memiliki sehingga tiga anak, semasa mesyuarat Politburo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda