Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    China bergelut wabak COVID ‘kompleks’

    TAIPEI, TAIWAN, 25 MAC – China terus bergelut membendung wabak COVID paling teruknya, dicetuskan varian Omicron, dengan pegawai kesihatan hari ini menggelar situasi sebagai ‘teruk dan kompleks.’

    Negara itu telah mencatat lebih 56,000 kes sejak 1 Mac, menurut pegawai kesihatan negara, dalam taklimat media hari ini. Lebih separuh daripada kes berkenaan telah dicatat di timur laut wilayah Jilin dan juga termasuk kes asimptomatik. Jumlah tidak termasuk Hong Kong, yang menjejak data COVID mereka secara berasingan.

    China terus berusaha “mencapai sifar COVID dalam jangka pendek, memandangkan ia masih merupakan strategi pencegahan paling ekonomi dan paling berkesan memerangi COVID,” kata Wu Zunyou, pakar penyakit berjangkit di Pusat Kawalan Penyakit China.

    ”Hanya menerusi pelaksanaan sifar COVID barulah kami dapat menghapus risiko tersembunyi epidemik, mengelak penggunaan sumber perubatan jangka panjang yang mungkin dicetuskan jangkitan berskala besar dan mengelak sejumlah besar kematian warga emas atau mereka dengan penyakit tersembunyi,” tambah Wu.

    Strategi sifar COVID bergantung pada sekatan dan ujian besar-besaran, dengan kontak rapat dikuarantin di rumah atau fasiliti kerajaan.

    Strategi itu menumpu pada pembasmian jangkitan komuniti secepat mungkin, ada kalanya dengan menutup seluruh bandar.

    Minggu lalu, Presiden China Xi Jinping mengakui kesan besar yang dicetuskan oleh langkah berkenaan, berkata China harus melaksana ‘kesan maksimum’ dengan ‘kos minimum’ dalam mengawal virus tersebut.

    Sejak itu, pegawai telah menekankan mereka akan memastikan pendekatan dan sekatan disasarkan.

    Misalnya, pihak berkuasa menyelaras langkah ujian besar-besaran supaya mereka tidak membabitkan seluruh bandar dan disasarkan sebaliknya pada kawasan khusus, sejajar dengan tempat kemunculan virus, kata Jiao Yahui, pegawai kanan dengan Suruhanjaya Kesihatan Negara, pada taklimat media. – AP

    Seorang pekerja mengambil swab daripada penumpang untuk ujian COVID di stesen kereta api Guangzhou kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...