Tuesday, February 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China beri sumbangan besar kepada Sukan Olimpik – Bach

    BEIJING, 24 FEB – Majlis perasmian Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 berlangsung gilang-gemilang dengan memaparkan semangat kesukanan serta nilai budaya China yang diwarisi turun-temurun.

    Demikian dinyatakan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam temu bual bersama Kumpulan Media China, CMG.

    Bach memuji perkembangan dinamik industri sukan di China, khususnya sukan musim sejuk yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara Tembok Besar.

    Menurut beliau, China memberi sumbangan amat besar kepada Sukan Olimpik dari pelbagai aspek pada tahun-tahun kebelakangan ini.

    “China sentiasa memegang konsep kerjasama multilateral dan berdiri teguh menyokong IOC melaksanakan misi yang diamanahkan,” kata Bach.

    Beliau menyatakan China mempunyai pandangan yang jauh dan mengekalkan peruntukan dalam usaha pemerkasaan sukan.

    Bach turut melihat kerjasama antara IOC dengan CMG sebagai amat berhasil.

    “Teknologi definisi ultra tinggi 8K yang digunakan CMG sekarang telah meningkatkan kualiti penyiaran pelbagai acara pertandingan sukan.

    “CMG merupakan rakan yang amat baik dan hubungan perkongsian ini penuh dinamik,” kata Bach. – Bernama

    Menurut Thomas Bach, China memberi sumbangan amat besar kepada Sukan Olimpik dari pelbagai aspek pada tahun-tahun kebelakangan ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda