XICHANG , 29 SEPT – China hari ini berjaya melancarkan dua satelit ujian baharu dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di wilayah barat daya Sichuan.
Satelit ujian berkenaan, Shiyan-30 01 dan 02 dilancarkan pada 11 pagi waktu Beijing menggunakan roket pembawa Long March-2D sebelum berjaya memasuki orbit yang ditetapkan. Menurut laporan, satelit terbabit akan digunakan terutamanya bagi pengesahan eksperimen teknologi pemerhatian Bumi.
Pelancaran itu menandakan misi penerbangan ke-598 bagi siri roket Long March. – Bernama


