Wednesday, July 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China berjaya lancar kapal angkasa kargo Tianzhou-9

    WENCHANG, 15 JULAI – China berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Tianzhou-9 pagi tadi, untuk menghantar barangan bekalan ke stesen angkasa Tiangong, kata Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

    Roket pembawa Long March-7 Y10 membawa Tianzhou-9 dilancarkan dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang, provinsi Hainan di selatan China pada pukul 5:34 pagi (waktu Beijing).

    Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, kapal Tianzhou-9 berpisah dengan roket dan memasuki orbitnya. Selepas itu, ia menyelesaikan seting status dan berjaya bercantum dengan stesen angkasa Tiangong pada pukul 8:52 pagi.

    Tianzhou-9 membawa barangan bekalan seperti barang kegunaan harian untuk angkasawan, propelan, peralatan eksperimen aplikasi dan lain-lain.

    Menurut pelan, kru angkasawan Shenzhou-20 akan memasuki kapal Tianzhou-9 untuk memindahkan barang-barang berkaitan. – Bernama

    Kapal angkasa kargo Tianzhou-9 dilancarkan dari Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Wilayah Hainan, selatan China pada 15 Julai. – Xinhua

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda