Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China berjaya lancar satelit – Media

    BEIJING, 9 JAN – China, hari ini berjaya melancarkan satelit, kata penyiar negeri, CCTV.

    “Pada 3:03 petang waktu Beijing pada 9 Januari 2024, China berjaya melancarkan satelit Einstein Probe,” lapor CCTV.

    Pelancaran itu segera mencetuskan kebimbangan di Taiwan, di mana pihak berkuasa mengeluarkan amaran telefon kecemasan, memberikan amaran kepada orang ramai untuk “berhati-hati terhadap keselamatan awda”.

    Einstein Probe berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang di barat daya wilayah Sichuan, kira-kira 2,000 kilometer dari ibu negara Taiwan, Taipei.

    CCTV berkata ia dilancarkan “menggunakan roket pengangkut Long March-2C dan satelit itu memasuki orbit yang ditetapkan”.

    Satelit itu akan “mengamati fenomena sementara misteri di alam semesta yang setanding dengan percikan bunga api, dengan tujuan untuk mendedahkan aspek-aspek keras dan kurang diketahui kosmos”, lapor agensi berita kerajaan, Xinhua hari ini. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda