JIUQUAN, 5 JULAI – China berjaya menghantar Fengyun-3E (FY-3E), satelit meteorologi baharu ke orbit sasarannya dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di wilayah Gansu, pagi tadi.
FY-3E yang dilengkapi 11 muatan penderiaan jauh disifatkan sebagai satelit meteorologi pertama dunia yang berada di orbit. Direka dengan jangka hayat selama lapan tahun, satelit itu akan berfungsi untuk mengetahui suhu dan kelembapan atmosfera, serta parameter meteorologi lain untuk pelbagai peranti ramalan bagi meningkatkan keupayaan ramalan cuaca di China.
Selain itu, ia juga akan digunakan untuk menjalankan pemantauan terhadap liputan salji dan ais global, suhu permukaan laut, bencana alam dan ekologi untuk memberi tindak balas lebih berkesan terhadap perubahan iklim selain mencegah serta mengurangkan bencana meteorologi. – Bernama