Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

China berkabung kematian Jiang, bersedia bagi pengebumian

SHANGHAI, 1 DIS – Aplikasi telefon mudah alih dan laman web media kerajaan hari ini bertukar hitam putih, manakala bendera di beberapa bangunan kerajaan di Beijing dikibarkan separuh tiang dan bunga-bunga diletakkan di lantai-lantai beberapa kawasan ketika China berkabung atas kematian bekas pemimpin, Jiang Zemin hari ini.

Media kerajaan mengatakan Jiang meninggal dunia akibat leukemia dan kegagalan organ di Shanghai pada Rabu dalam usia 96 tahun selepas semua rawatan gagal menyelamatkannya. Semua persediaan bagi pengebumian sudah pun bermula, dengan bunga-bunga bagi memperingatinya kelihatan di beberapa kawasan bandar kelahirannya, di Yangzhou dan berhampiran Shanghai.

Polis dikerahkan pagi ini di persimpangan berhampiran hospital di mana mendiang dikhabarkan meninggal dunia, berdasarkan pemerhatian wartawan AFP. Sekitar jam 12:45 tengah hari waktu tempatan, mereka melihat sebuah konvoi kenderaan datangnya dari arah hospital, diketuai kereta yang membawa kalungan bunga berwarna kuning di bonetnya.

Konvoi itu menuju ke lapangan terbang Hongqiao.

Sejam sebelumnya, polis mengarahkan pejalan kaki meninggalkan simpang berhampiran.

Gambar-gambar dihantar kepada AFP oleh seseorang yang tinggal di sepanjang jalan utama berdekatan hospital menunjukkan orang ramai berdiri di laluan pejalan kaki sambil memegang bunga kekwa, bunga tradisional China bagi pengebumian.

Media kerajaan melaporkan jawatankuasa pengebumian Jiang diketuai oleh Presiden Xi Jinping namun tiada tarikh diberikan bagi majlis pengebumian. Ia hanya dijangka diadakan di Beijing. – AFP

Bendera China kelihatan berkibar separuh tiang bagi perkabungan kematian bekas presiden China, Jiang Zemin, di luar pintu masuk Xinhumen di Beijing, 1 Disember. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -