WUZHEN, CHINA, 20 OKT – China hari ini berkata mereka akan mencabar Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi ‘kuasa besar’ di dunia dan mengambil alih peneraju perdagangan di Washington dalam persidangan tahunan yang mempromosi versi Internet yang dikawal dan ditapis Parti Komunis berkenaan.
AS-China kini berlumba-lumba untuk bersaing dalam bidang digital, memandangkan Beijing menguasai teknologi generasi akan datang manakala Washington mengambil langkah untuk melumpuhkan firma teknologi Cina seperti Huawei. China banyak memantau dan menapis internetnya, dengan syarikat-syarikat besar AS seperti Facebook, Twitter dan Google semua berselindungdi sebalik apa yang dipanggil sebagai ‘Great Firewall’ yang juga menghalang kandungan politik yang sensitif. – AFP