RAMAI orang sedang berkumpul di sebuah hospital di Shanghai, beratur untuk mendapatkan rawatan perubatan yang diperbuat dengan campuran tumbuh-tumbuhan dan bahagian haiwan serta serangga termasuk kala jengking dan ulat gonggok kering, perubatan yang diharapkan oleh China dapat menarik lagi perhatian di luar negara.
Kembali kepada 2,400 tahun yang lalu, perubatan tradisional China (TCM) sentiasa diamalkan di negara itu dan tetap terkenal walaupun terdapat akses farmaseutikal dari barat. Sekarang pihak berkuasa negara itu berharap bagi memodenkan dan mengeksport ubat-ubatan itu namun mereka berdepan dengan pelbagai halangan utama.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan hutan diletakkan di farmasi hospital tersebut di mana para pesakit sedang menunggu di luar farmasi Hospital Yueyang. Ada pesakit membawa kotak yang berisi pil manakala ada juga yang membawa paket plastik yang diisi dengan daun-daun herba.
Seorang pesara yang berusia 76 tahun, Lin Hongguo telah membeli ubat-ubatan herba tersebut kemudian air dari daun herba yang direbus itu dicampur dengan air teh bagi merawat hatinya yang berdegup perlahan. “Saya lebih suka ubat-ubatan ini dimodenkan seperti barat, bukan kerana kos, kerana ia akan berfungsi dengan lebih baik,” tambahnya kepada media AFP.
Pesakit yang lain, penjual ikan, Wang Deyun berusia 51 tahun, juga turut mengamalkan perubatan tradisional itu. “Dua bulan yang lalu, kulit saya mengalami alergi terhadap perubatan moden khususnya untuk merawat tekanan darah tinggi,” katanya yang ditahan di hospital tersebut. Tetapi selepas menjalani rawatan dengan menggunakan bahan tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan sebagai topeng muka dan selepas rawatan itu, kulit Wang hampir sembuh sepenuhnya.
Lukisan dan fotografi
Perubatan tradisional telah disubsidi di China dan jauh lebih murah daripada perubatan barat. Ia secara konsisten membentuk satu perempat daripada pasaran farmaseutikal di negara tersebut, walaupun China semakin terbuka kepada perubatan moden. Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun hadapan akan memasukkan bab mengenai perubatan tradisional dalam ‘Klasifikasi Penyakit Antarabangsa’ – satu bahan rujukan mengenai trend perubatan dan statistik kesihatan global.
Pihak China berharap dengan penggabungan WHO itu akan dapat merangsang pengiktirafan global terhadap ubat-ubatan tradisionalnya kerana negara itu berhasrat untuk mengeksport ubat-ubatan ini. Tetapi Beijing masih berdepan dengan rintangan yang ketara terhadap pelaburan perubatan tradisional ini.
Lazimnya, farmasi akan terlebih dahulu menilai rawatan bagi setiap individu, bererti setiap individu mempunyai perbezaan dari segi perubatan menyebabkan perubatan tradisional sentiasa diawasi bagi menetapkan kadar dos yang diperlukan.
“Ia seperti sebuah lukisan, berbeza-beza setiap kali, sementara perubatan barat pula lebih mirip dengan fotografi,” kata Wang Zhenyi, pakar proktologi di Hospital Yueyang. Ini adalah satu cabaran bagi kerajaan China dalam usaha untuk menarik lagi penerimaan orang ramai di luar negara. Ada kalanya perubatan tradisional tidak serasi dengan ujian klinikal moden yang memerlukan produk yang sama untuk diuji pada sejumlah pesakit yang besar.
Oleh kerana tradisi perubatan ini lazimnya mengandungi berpuluh-puluh bahan semula jadi, memahami dan membuktikan keberkesanannya adalah satu tugas yang sangat rumit. Malah di China terdapat pertelingkahan awam mengenai keberkesanan TCM, menyebabkan pendukungnya cuba menentang doktor yang menjalankan ujian terhadap ubat-ubatan tradisional yang dirasakan terbukti untuk menyembuhkan.
Pemuliharaan konservatif juga menghadapi permintaan yang semakin meningkat untuk beberapa produk kesihatan yang lain seperti tanduk badak dan kulit tenggiling yang digunakan oleh sesetengah pengamal walaupun mereka tidak pasti sama ada perubatan itu terbukti berkesan.
Beberapa buah wilayah di China telah melarang perdagangan tulang harimau dan tanduk badak pada bulan lepas meskipun terdapat amaran daripada aktivitis pemuliharaan, namun sesetengah media memetik kata-kata seorang pegawai bahawa perubahan itu telah ditangguhkan buat sementara waktu.
Pakar-pakar perubatan di China mengatakan bahawa beberapa haiwan terancam yang digunakan untuk perubatan digantikan dengan versi sintetik, tetapi TCM masih turut membuktikan bahawa penjualan ubat tradisional semakin sukar khususnya di luar negara. “Potensi yang baik adalah pasaran pengguna seperti suplemen pemakanan,” kata Tony Ren, penganalisis farmasi bersama Kim Eng Securities di Hong Kong.
AL dalam usaha menyelamatkan
Beberapa buah syarikat farmaseutikal di barat berminat untuk cuba menangani kesukaran tersebut. Tetapi syarikat bioteknologi Perancis, Pharnext telah menangani cabaran itu, berikutan pada tahun lepas, syarikat itu telah bekerjasama dengan Tasly, salah sebuah syarikat pengeluar ubat tradisional China yang besar di negara tersebut.
“Dengan kerjasama itu, mereka sedang berusaha untuk mengubah industri tersebut dengan mengemaskinikan prosedur bagi menghasilkan pengeluaran tanaman yang lebih stabil dan mempunyai sifat yang sama dalam memahami bagaimana campuran ubat-ubatan tradisional itu berfungsi,” kata Daniel Cohen, pengasas dan CEO Pharnext. Kedua-dua buah syarikat menggunakan
kecerdikan buatan untuk memahami bagaimana ubat-ubatan itu berfungsi sekali gus cuba untuk menyeragamkannya, tambahnya. Apa yang pasti, mereka berdepan dengan persaingan yang begitu sukar.
Di Amerika Syarikat, Tasly telah mencuba lebih dari 20 tahun hanya untuk mendapatkan kelulusan daripada Dantonic, ubat angina berdasarkan ginseng yang disahkan di China pada tahun 1993.
Walaupun firma itu telah selesai melakukan ujian perubatan namun ia telah dibantah oleh undang-undang AS, di mana tidak membenarkan rawatan perubatan yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang berlainan. Namun profesional perubatan China masih berusaha untuk menggalakkan penerimaan khususnya negara luar terhadap ubat-ubatan tradisional mereka.
“Perubatan masih lagi baharu khususnya dalam bidang sains malah masih banyak lagi yang belum diketahui. Anda cuba meningkatkan keupayaan anda untuk menyembuhkan, jika anda tahu kedua-dua perubatan sama ada dari barat dan China,” kata ahli proktologi Wang Yueyang Hospital. “Itu adalah keputusan yang dianggap begitu penting,” tambahnya. – AFP