Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat 2,826 kematian akibat penyakit berjangkit

    BEIJING, 31 Dis – Seramai 2,826 orang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit di China pada November lalu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China.

    Bulan lalu saja, sebanyak 636,722 kes berjangkit telah dilaporkan. Satu kes penyakit kolera dilaporkan dan tiada kes wabak dicatatkan pada November lalu. Suruhanjaya itu berkata tiada kematian dilaporkan berpunca daripada penyakit tersebut.

    Penyakit kolera dan wabak diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit Kelas A, klasifikasi paling kritikal dalam Undang-undang China berkaitan Pencegahan dan Rawatan Penyakit Berjangkit.

    Sejumlah 303,714 penyakit berjangkit diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit dilaporkan, yang membawa 2,819 kematian pada November. Virus hepatitis, tuberkulosis, sifilis, gonorea dan demam skarlet diperkirakan sebanyak 93 peratus dalam kes-kes berkenaan.

    Penyakit Kelas C turut menyebabkan enam kematian pada bulan yang sama. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut, cirit-birit berjangkit dan demam adalah yang paling biasa dalam kategori ini yang diperkirakan sebanyak 92 peratus kes. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda