BEIJING, 26 JULAI – China hari ini merekodkan sebanyak 76 kes baharu koronavirus, menjadikan ia angka tertinggi sejak Januari lalu, termasuk 40 jangkitan tempatan yang mencetuskan pihak berkuasa untuk menjalankan ujian ke atas jutaan penduduk di timur wilayah Jiangsu.
Beijing telah mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap virus itu yang muncul di tengah bandar Wuhan lewat 2019.
Ia melaksanakan sekatan pergerakan di bandar-bandar dan menguji secara meluas meskipun ianya melibatkan kluster kecil.
“Daripada 40 kes domestik itu, 39 adalah kes tempatan dilaporkan dikesan di wilayah timur Jiangsu, iaitu ibu kota Nanjing dan satu di wilayah timur Liaoning, kata suruhanjaya kesihatan nasional dalam satu kenyataan hari ini, menambah tidak ada kematian baharu direkodkan.
Puluhan ribu orang sudah menjalani sekatan pergerakan di bandar Nanjing wilayah Jiangsu ketika pihak berkuasa menguji 9.2 juta penduduk bandar itu buat kedua kali selepas penularan berkaitan dengan lapangan terbangnya minggu lalu.
“Pada pegawai kesihatan telah mendapati 57 kes positif selepas menguji semua penduduk di Nanjing semasa pusingan pertama,” kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan kelmarin. – AFP