Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat Julai paling panas dalam rekod

    BEIJING, 1 OGOS – Pihak berkuasa cuaca China hari ini berkata bahawa Julai adalah bulan paling panas di negara itu sejak rekod bermula enam dekad lalu, ketika suhu ekstrem berterusan di seluruh dunia.

    China adalah pengeluar gas rumah hijau terbesar di dunia yang dikatakan oleh saintis memacu perubahan iklim dan menjadikan cuaca ekstrem lebih kerap dan kuat.

    Gelombang panas musim panas ini telah membakar bahagian utara China, manakala hujan lebat telah mencetuskan banjir dan tanah runtuh di kawasan tengah dan selatan.

    Bulan lepas adalah “Julai yang paling panas sejak pemantauan lengkap bermula pada 1961, dan bulan tunggal paling panas dalam sejarah pemerhatian,” kata pejabat cuaca negara hari ini. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda